Tuesday, January 20, 2015

MAJLIS PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG 2015

Isnin, 19 Januari 2015


Pada hari ini, Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2015 telah dilancarkan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh En Hajar b Malik , Penyelia Kanan HEM Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.

Guru Besar, En Mohammad Rosli b Jaafar dalam ucapannya menyatakan bahawa Program Guru Penyayang ini sebenarnya adalah program kesinambungan dari tahun lepas. Program bertujuan untuk menarik, menggalakkan murid-murid untuk datang ke sekolah. Murid-murid akan suka dan sayang pada sekolah, guru dan semua aktiviti dan program kurikulum serta kokurikulum yang dianjurkan di sekolah. Program mensasarkan kehadiran murid kekal pada 95% .


En Hajar pula berpesan kepada semua guru dan murid-murid supaya menjaga keselamatan di dalam perjalanan pergi dan balik untuk mengelakkan kecelakaan dan kemalangan jiwa.

Pada hari ini juga sempena Program Amalan Guru Penyayang, majlis ringkas sambutan hari lahir bagi murid-murid sesi pagi yang lahir pada bulan Januari disambut. 

Sebuah kek comel disediakan. Majlis pemotongan kek disempurnakan oleh tetamu.



















Saturday, January 17, 2015

MAJLIS BERTEMU WARIS DAN AKUR JANJI MURID TAHUN 6

Ahad, 17 Januari 2015


Pada hari ini telah berlangsung Majlis Bertemu Waris dan Akur Janji Murid Tahun Enam bagi tahun 2015. Ibu bapa serta penjaga murid Tahun Enam telah hadir bagi menyaksikan majlis tersebut. Murid-murid telah berikrar dan berjanji untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Kehadiran yang sangat baik menunjukkan bahawa Ibu bapa juga memberi sokongan dan komitmen penuh kepada setiap program yang dirancangkan bagi menjamin peningkatan prestasi dan kecemerlangan anak-anak. Insya Allah. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua PIBG, Dr Rapidai b Ahmad. 

Aturcara Majlis 


7.45 pagi  Pendaftaran
                Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
                Nyanyian Lagu Negaraku
                Bacaan Doa
                Taklimat Guru Besar
                Ikrar Murid
                Motivasi Murid dan Keibubapaan
     
11.00        Bersurai
       












Terima Kasih kepada NYDP yang membantu merakamkan gambar semasa majlis ini.



Thursday, January 15, 2015

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100

KHAMIS, 15 JANUARI 2015. 

Sekolah dibanjiri dengan ibu bapa/penjaga yang hadir untuk mengambil Bantuan Persekolahan RM100 yang mula diagihkan di seluruh negara pada hari ini. Bantuan RM100 diagihkan mengikut kelas. Murid pendidikan khas juga tidak ketinggalan menerima wang sebagai bantuan awal persekolahan. Pihak sekolah mengharapkan kehadiran yang memberansangkan seperti hari ini untuk Mesyuarat Agung yang akan datang. Semoga komitmen penuh ibu bapa penjaga dapat membantu dalam peningkatan prestasi anak-anak.









Tabung untuk Bantuan Masa Banjir juga disediakan.

Friday, January 9, 2015

PROSES BAIKPULIH KANTIN

Hari ini, Jumaat 10 Januari 2015 proses baikpulih kantin masih berjalan. 

Kantin diserang oleh anai-anai semasa cuti sekolah. Semoga proses baikpulih siap untuk sesi persekolahan tahun ini yang akan bermula pada Isnin, 12 Januari 2015.







SASARAN UPSR 2015