Saturday, August 1, 2015

HOMECOMING ALUMNI 2015 "SIREH PULANG KE GAGANG" CLASS OF MELATIAN 1994.

Sabtu, 1 Ogos 2015





























Seramai 15 orang bekas murid SK Sungai Rokam (kelas Melati 1994) telah hadir ke sekolah untuk program alumni. Program ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, Dr Rapidai b Ahmad, Ahli Jawatankuasa PIBG, Pn Juliana bt Abu Bakar serta Juruaudit, Pn Bibi Azlina Babjan. Program ini juga diserikan dengan kehadiran bekas guru kelas mereka iaitu Datin Amimah. 

Antara pengisian program yang diketuai oleh En Khairil Anuar b Azmi ini ialah sesi dialog bersama murid-murid tahun enam. Sesi dialog ala forum banyak membincangkan tentang cara belajar, pengisian masa, hubungan yang baik, keredhaan ibu bapa dan guru serta iringan doa. Panel yang terdiri daripada doktor, peguam serta guru ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan inspirasi kepada semua adik-adik SK Sungai Rokam bagi mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah.

Selain itu, kumpulan Alumni ini juga turut melancarkan laman web mereka yang dirasmikan oleh YDP PIBG. Laman web ini masih dalam proses pembinaan.

Semoga program seumpama ini dapat menarik lebih ramai lagi bekas murid SK Sungai Rokam untuk berbakti kepada sekolah serta menyumbang maklumat, pengalaman, pengetahuan yang memberi motivasi kepada adik-adik junior. Sumbangan tidak hanya bermakna wang ringgit.

Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih serta menghulurkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Melatian 94 terutamanya En Khairil Anuar yang berusaha untuk mengumpulkan rakan-rakan. Semoga SK Sungai Rokam dapat terus menghasilkan cendekiawan dan generasi yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan nusa. Tahniah kepada Melatian 94! Semoga dapat terus menyumbang bakti dan berkhidmat dengan cemerlang di dalam kerjaya masing -masing!




Ps: Seronok tengok geng Melatian ni, teringat zaman kanak-kanak..Teringat pada rakan-rakan sekolah. Semoga kita juga dapat bertemu kembali. Shahdu mengenangkan guru-guru. Semoga semua masih sihat walafiat. Kepada semua guru dan rakan yang telah pergi menemui Ilahi, Al-Fatihah buat mereka. Insya Allah kami pasti menyusul juga. Semoga roh kalian dicucuri rahmat oleh Allah.