Sunday, November 30, 2014

LAGU SEKOLAH



LAGU SEKOLAH
___________________________________________

Kami murid Sungai Rokam
Berikrar dan berjanji
Berusaha gigih tak pernah letih
Mencapai cita-cita murni
Pelajaran juga sukan
Menjadi perhatian
Berbudi tinggi, berhati suci
Berkhidmat kepada Ilahi
Taat setia, berkhidmat, mulia
Sepanjang masa
Bersatu-bersatu, berusaha-berusaha
Sehingga kami berjaya


Saturday, November 29, 2014

LOKASI

Lokasi Kami

Alamat:

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK SUNGAI ROKAM
JALAN KENANGA
31350 IPOH
PERAK 
MALAYSIA

Hours of operation:Office Hours (contact) 
24 hours (e-mail)

Phone:
05-3121890 (phone) 
05-3115806 (fax)


Email address:pibgsksr13@gmail.com



Screenshot dari Google Map 



















                                     Screenshot Peta ke SKSR dari Google Map


SARANA

ANJAKAN KE-9 PPPM






3 Gelombang Anjakan Transformasi





Anjakan ke-9 PPPM


TUNTUTAN ANJAKAN KE-9 TERHADAP PIBG DAN IBU BAPA

Anjakan Ke-9 PPPM untuk Tindakan PIBG dan Ibu Bapa

Untuk memacu Transformasi Pendidikan ke arah merealisasikan Aspirasi Murid (PIE3K) dan Aspirasi Sistem Pendidikan (KEPAK), semua pihak perlu meneliti  11 Anjakan PPPM dan   memenuhi tuntutan yang berkaitan. Bagi PIBG dan ibu bapa, Anjakan Ke-9 menuntut supaya ibu bapa, PIBG, komuniti dan pihak swasta bekerjasama secara meluas dalam pembelajaran anak melalui Sarana Ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Secara khusus, PIBG dan ibu bapa perlu memenuhi tuntutan Anjakan ke-9 dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:  PIBG sebagai peneraju permuafakatan antara ibu bapa, sekolah, komuniti dan sektor swasta dalam menggalakkan semua pihak meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan.

PIBG sebagai pemangkin dalam mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid. PIBG menjadi pembimbing ibu bapa dalam penggunaan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong pembelajaran. PIBG mengendalikan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat bagi menggalakkan perkongsian pengalaman dan memberi khidmat kepada sekolah. PIBG menyediakan maklumbalas tentang penggunaan Sarana Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. PIBG memberi input kepada perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.

Dengan pelancaran PPPM, tugas PIBG kini bertambah berat dan lebih mencabar. Kalau dulu tanggungjawab PIBG tertumpu kepada 4 tugas sepertimana tercatat dalam Para 4 Perlembagaan PIBG, kini tugas PIBG sekurang-kurang 6 iaitu yang ke-5:Membimbing Ibu Bapa melaksana Sarana Ibu Bapa dan yang ke-6: Memberi maklumbalas tentang perlaksanaan Kurikulum Setempat dan Kualiti Guru menjelang 2016. Untuk melaksana tambahan tugas yang baru PIBG perlu bermuhasabah dan memikirkan hala tuju dan pendekatan yang perlu dilakukan bagi menjayakan PPPM yang menjangkau  sehingga 2025.




Credit to Blog PIBG SMK Seafield.

PERANAN PIBG DALAM PROSES PENDIDIKAN DI SEKOLAH

ISNIN, 31 OGOS 2009


1. PENDAHULUAN:

PIBG yang ditubuhkan di sekolah seharusnya berfungsi sebagai satu 'Majlis' bukan satu 'Pertubuhan' yang terasing di sekolah. Kalaupun disebut sebagai 'Persatuan' hanyalah sebagai satu 'Kumpulan Seminat' sahaja. Maksudnya kumpulan orang yang prihatin kepada masalah pendidikan. Mereka terdiri daripada ibu bapa dan guru.

PIBG sepatutnya dijadikan sebagai satu 'Medan' mengadakan 'Forum' untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta berunding (musyawarah) dalam suasana muhibbah bagi menyelesaikan masalah sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah.

Konsep PIBG membantu sekolah ini bermatlamat meringankan dan melicinkan perlaksanaan Program Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan budaya sekolah termasuk pembangunan infrastruktur (Prasarana fizikal).

PIBG tidak boleh campurtangan dalam urusan pengelolaan dan pentadbiran sekolah. Ini kerana seseorang Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengurus Sekolah telah dipertanggongjawabkan dengan Perintah-Perintah Am (General Order) mengenai arahan pentadbiran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk dilaksanakan.

Justeru kerana itu PIBG mesti mengetahui dan memainkan peranan mengikut bidang tugas yang sewajarnya agar tidak menyeleweng dari fungsi sebenar penubuhan PIBG.


2. PROSES PENDIDIKAN DI SEKOLAH:

Pendidikan ia lah proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak dari 'janin' hingga ke akhir hayat.

Proses pendidikan secara berterusan ini terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, bertanggongjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".

Matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat dan warganegara yang baik. Pada amnya insan yang baik ia lah insan yang memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. Ia memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:-

a. Percaya dan patuh kepada Tuhan.
b. Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional.
c. Berakhlak mulia.
d. Berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara.
e. Setia kepada negara dan bertanggongjawab untuk menjaga hubungan yang baik dan mesra antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

Bagi mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut maka perlu ada penglibatan semua pihak dalam proses pendidikan. Sehubungan dengan itu PIBG mempunyai ruang dan tanggongjawab yang boleh dimainkan peranan ke arah melahirkan insan yang baik dengan kerjasama pihak Pengurusan Sekolah.

3. BIDANG TUGAS PIBG:

Bidang tugas PIBG sepatutnya merangkumi perkara-perkara berikut:-

a. Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.
b. Membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaan murid-murid dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, budaya sekolah dan bidang yang difikir perlu.
c. Ibu bapa dan guru di sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta
berunding dalam suasana muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaran
murid-murid sama ada di rumah atau di sekolah.
d. Bergotong-royong menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid.
e. Menentukan murid-murid mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.
f. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong ke arah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani rohani, emosi dan intelek murid secara menyeluruh dan bersepadu.
g. Membantu pembangunan fizikal (infrstruktur) sekolah yang diperlukan dengan
serta-merta.


4. KEKANGAN DAN HALANGAN:

a. Ibu bapa:

i. Kebanyakan ibu bapa mempunyai tahap pelajaran yang rendah dan terlalu sibuk
dengan tugas mencari nafkah.
ii. Ibu bapa meletak tanggongjawab mendidik anak-anak mereka 100% kepada guru.
iii. Ibu bapa kurang memberi keutamaan kepada masalah persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.
iv. Ibu bapa tidak mahu hadir ke sekolah berjumpa dan berbincang dengan guru atau
berunding dengan guru berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.
v. Ibu bapa beranggapan menghadiri upacara rasmi sekolah sebagai perkara membuang masa.
vi. Kebanyakan ibu bapa berasa rendah diri dan beranggapan mereka tidak setaraf
dengan guru.
vii. Kebanyakan ibu bapa bekerja sendiri dan pendapatan di bawah paras kemiskinan serta pendapatan tidak tetap.


b. GURU:

i. Ada sebilangan guru tidak mengajar bersungguh-sungguh dan beranggapan mereka bekerja semata-mata makan gaji.
ii. Guru tidak berusaha menjalin hubungan dan pergaulan dengan ibu bapa.
iii. Kerapkali salahlaku murid tidak dimaklum kepada ibu bapa terlebih dahulu.
iv. Guru kurang mengadakan kelas bimbingan, kelas pemulihan dan kelas tambahan.
v. Guru kurang menggunakan ABM dan ABB semasa mengajar.
vi. Kurang latihan pengukuhan diberi kepada murid.
vii. ABM dan BBM tidak mencukupi dan tidak releven.
ix. Pengajaran guru kurang terancang.
xi. Guru terpaksa mengajar bilangan murid yang ramai di kelas.
xii. Guru kurang membuat ujian dan penilaian.
xiii. Perhubungan guru dengan murid kurang mesra.


c. MURID-MURID:

i. Murid-Murid tinggal jauh dari sekolah.
ii. Murid-murid terpaksa berjalan ke sekolah.
iii. Murid-murid tidak ada kemudahan belajar di rumah.
iv. Murid-murid tidak mempunyai perbelanjaan wang saku yang mencukupi ke sekolah.
v. Murid mempunyai masa belajar yang kurang di rumah.
vi. Murid-murid tidak belajar di rumah.
vii. Murid-murid tidak peduli dengan kerja rumah yang diberi oleh guru dan tidak
buat kerja rumah.
viii. Murid-murid tidak mempunyai bahan bacaan di rumah.
ix. Murid-murid kurang menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
x. Murid-murid kurang menggunakan kemudahan perpustakaan.

5. PENYELESAIAN MASALAH:

a. IBU BAPA:

i. Pihak pengurusan Sekolah dengan kerjasama PIBG perlu mengatur rancangan dan aktiviti untuk menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa tanggongjawab
mendidik anak-anak mereka bukan seharusnya diletakkan 100% kepada guru-guru
di sekolah.
ii. PIBG perlu mengadakan aktiviti ke arah membantu ibu bapa dan masyarakat
memperolehi ilmu dan kemahiran serta membina sikap yang positif dan sesuai.
Aktiviti itu hendaklah berkaitan dengan perkembangan menyeluruh dan bersepadu
anak-anak mereka dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek.
iii. Di samping itu kesedaran haruslah dipupuk di kalangan ibu bapa bahawa
tanggongjawab memberi pendidikan yang sebenarnya (hakiki) bermula di rumah dan
dikembangkan di sekolah oleh guru-guru sama ada di bilik darjah atau di luar
bilik darjah melalui aktiviti ko-kurikulum sekolah. Kemudian murid itu sendiri
mengamalkan dan menghayati segala ilmu yang diperolehi itu dalam kehidupan
sehari-harian.

b. GURU:

Guru -guru hendaklah sedar bahawa tugas utama mereka bukan hanya semata-mata menyampai ilmu kepada murid-murid dibilik darjah sahaja tetapi guru mesti memainkan peranan seperti berikut:-

i. Guru sebagai perancang, fasilitator dan pengurus pengajaran dan pembelajaran.
ii. Guru sebagai pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran.
iii. Guru sebagai pembentuk akhlak.
vi. Guru sebagai contoh teladan (Rule Model).
v. Guru sebagai agen perubahan Masyarakat.


6. KESIMPULAN:

Dalam melaksanakan tanggongjawab dan amanah memajukan pendidikan adalah diharapkan pihak guru dan AJK PIBG dapat menghayati konsep etika kerja yang selaras dengan nilai-nilai murni Islam.

Di antara etika kerja mengikut nilai-nilai Islam ia lah:-

i. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
ii. Bekerja denga ikhlas dan amanah.
iii. Bekerja dengan tekun dan cekap.
vi. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan musyawarah serta berpandukan fikiran yang bersih.
v. Bekerja dengan matlamat untuk kebahgiaan manusia sejagat di dunia dan
di akhirat.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Zariat: 56.

Maksudnya "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku".

HAJI ZAINUDDIN BIN HARUN, MANAGING DIRECTOR, ZNR MOTIVATION CAMP, PT 1604, KG DALAM RHU, 16700 PASIR PUTEH, KELANTAN.

PETIKAN DARI BLOG BELIAU- http://noddenberek12kbr.blogspot.com