ISNIN, 31 OGOS 2009
1. PENDAHULUAN:
PIBG yang ditubuhkan di
sekolah seharusnya berfungsi sebagai satu 'Majlis' bukan satu 'Pertubuhan' yang
terasing di sekolah. Kalaupun disebut sebagai 'Persatuan' hanyalah sebagai satu
'Kumpulan Seminat' sahaja. Maksudnya kumpulan orang yang prihatin kepada masalah
pendidikan. Mereka terdiri daripada ibu bapa dan guru.
PIBG sepatutnya dijadikan
sebagai satu 'Medan' mengadakan 'Forum' untuk berbincang dan bertukar-tukar
fikiran serta berunding (musyawarah) dalam suasana muhibbah bagi menyelesaikan
masalah sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah.
Konsep PIBG membantu
sekolah ini bermatlamat meringankan dan melicinkan perlaksanaan Program
Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan budaya
sekolah termasuk pembangunan infrastruktur (Prasarana fizikal).
PIBG tidak boleh
campurtangan dalam urusan pengelolaan dan pentadbiran sekolah. Ini kerana
seseorang Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengurus Sekolah telah
dipertanggongjawabkan dengan Perintah-Perintah Am (General Order) mengenai
arahan pentadbiran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran
Negeri untuk dilaksanakan.
Justeru kerana itu PIBG
mesti mengetahui dan memainkan peranan mengikut bidang tugas yang sewajarnya
agar tidak menyeleweng dari fungsi sebenar penubuhan PIBG.
2. PROSES PENDIDIKAN DI
SEKOLAH:
Pendidikan ia lah proses
pemerolehan dan pemindahan ilmu, nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses
pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan dalam diri
seseorang sejak dari 'janin' hingga ke akhir hayat.
Proses pendidikan secara
berterusan ini terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak, bertanggongjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara".
Matlamat pendidikan
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
rakyat dan warganegara yang baik. Pada amnya insan yang baik ia lah insan yang
memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. Ia memiliki serta menghayati
ciri-ciri berikut:-
a. Percaya dan patuh
kepada Tuhan.
b. Berilmu pengetahuan
dan berfikiran kreatif dan rasional.
c. Berakhlak mulia.
d. Berkeupayaan memberi
sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara.
e. Setia kepada negara
dan bertanggongjawab untuk menjaga hubungan yang baik dan mesra antara insan dan
memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
Bagi mencapai hasrat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut maka perlu ada
penglibatan semua pihak dalam proses pendidikan. Sehubungan dengan itu PIBG
mempunyai ruang dan tanggongjawab yang boleh dimainkan peranan ke arah
melahirkan insan yang baik dengan kerjasama pihak Pengurusan Sekolah.
3. BIDANG TUGAS PIBG:
Bidang tugas PIBG
sepatutnya merangkumi perkara-perkara berikut:-
a. Memberi perkhidmatan
untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.
b. Membantu menambah
usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaan murid-murid dalam bidang
kurikulum, ko-kurikulum, budaya sekolah dan bidang yang difikir perlu.
c. Ibu bapa dan guru di
sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta
berunding dalam suasana
muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaran
murid-murid sama ada di
rumah atau di sekolah.
d. Bergotong-royong
menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid.
e. Menentukan murid-murid
mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan membuat kerja-kerja
sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.
f. Membantu mewujudkan persekitaran
sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong ke arah perkembangan
pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani rohani, emosi dan intelek
murid secara menyeluruh dan bersepadu.
g. Membantu pembangunan
fizikal (infrstruktur) sekolah yang diperlukan dengan
serta-merta.
4. KEKANGAN DAN HALANGAN:
a. Ibu bapa:
i. Kebanyakan ibu bapa
mempunyai tahap pelajaran yang rendah dan terlalu sibuk
dengan tugas mencari
nafkah.
ii. Ibu bapa meletak
tanggongjawab mendidik anak-anak mereka 100% kepada guru.
iii. Ibu bapa kurang
memberi keutamaan kepada masalah persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.
iv. Ibu bapa tidak mahu
hadir ke sekolah berjumpa dan berbincang dengan guru atau
berunding dengan guru
berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.
v. Ibu bapa beranggapan
menghadiri upacara rasmi sekolah sebagai perkara membuang masa.
vi. Kebanyakan ibu bapa
berasa rendah diri dan beranggapan mereka tidak setaraf
dengan guru.
vii. Kebanyakan ibu bapa
bekerja sendiri dan pendapatan di bawah paras kemiskinan serta pendapatan tidak
tetap.
b. GURU:
i. Ada sebilangan guru
tidak mengajar bersungguh-sungguh dan beranggapan mereka bekerja semata-mata makan
gaji.
ii. Guru tidak berusaha
menjalin hubungan dan pergaulan dengan ibu bapa.
iii. Kerapkali salahlaku
murid tidak dimaklum kepada ibu bapa terlebih dahulu.
iv. Guru kurang
mengadakan kelas bimbingan, kelas pemulihan dan kelas tambahan.
v. Guru kurang
menggunakan ABM dan ABB semasa mengajar.
vi. Kurang latihan
pengukuhan diberi kepada murid.
vii. ABM dan BBM tidak
mencukupi dan tidak releven.
ix. Pengajaran guru
kurang terancang.
xi. Guru terpaksa
mengajar bilangan murid yang ramai di kelas.
xii. Guru kurang membuat
ujian dan penilaian.
xiii. Perhubungan guru
dengan murid kurang mesra.
c. MURID-MURID:
i. Murid-Murid tinggal
jauh dari sekolah.
ii. Murid-murid terpaksa
berjalan ke sekolah.
iii. Murid-murid tidak
ada kemudahan belajar di rumah.
iv. Murid-murid tidak
mempunyai perbelanjaan wang saku yang mencukupi ke sekolah.
v. Murid mempunyai masa
belajar yang kurang di rumah.
vi. Murid-murid tidak
belajar di rumah.
vii. Murid-murid tidak
peduli dengan kerja rumah yang diberi oleh guru dan tidak
buat kerja rumah.
viii. Murid-murid tidak
mempunyai bahan bacaan di rumah.
ix. Murid-murid kurang
menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
x. Murid-murid kurang
menggunakan kemudahan perpustakaan.
5. PENYELESAIAN MASALAH:
a. IBU BAPA:
i. Pihak pengurusan
Sekolah dengan kerjasama PIBG perlu mengatur rancangan dan aktiviti untuk
menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa tanggongjawab
mendidik anak-anak mereka
bukan seharusnya diletakkan 100% kepada guru-guru
di sekolah.
ii. PIBG perlu mengadakan
aktiviti ke arah membantu ibu bapa dan masyarakat
memperolehi ilmu dan
kemahiran serta membina sikap yang positif dan sesuai.
Aktiviti itu hendaklah
berkaitan dengan perkembangan menyeluruh dan bersepadu
anak-anak mereka dari
segi jasmani, emosi rohani dan intelek.
iii. Di samping itu
kesedaran haruslah dipupuk di kalangan ibu bapa bahawa
tanggongjawab memberi
pendidikan yang sebenarnya (hakiki) bermula di rumah dan
dikembangkan di sekolah
oleh guru-guru sama ada di bilik darjah atau di luar
bilik darjah melalui
aktiviti ko-kurikulum sekolah. Kemudian murid itu sendiri
mengamalkan dan
menghayati segala ilmu yang diperolehi itu dalam kehidupan
sehari-harian.
b. GURU:
Guru -guru hendaklah
sedar bahawa tugas utama mereka bukan hanya semata-mata menyampai ilmu kepada
murid-murid dibilik darjah sahaja tetapi guru mesti memainkan peranan seperti
berikut:-
i. Guru sebagai
perancang, fasilitator dan pengurus pengajaran dan pembelajaran.
ii. Guru sebagai
pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran.
iii. Guru sebagai
pembentuk akhlak.
vi. Guru sebagai contoh
teladan (Rule Model).
v. Guru sebagai agen
perubahan Masyarakat.
6. KESIMPULAN:
Dalam melaksanakan
tanggongjawab dan amanah memajukan pendidikan adalah diharapkan pihak guru dan
AJK PIBG dapat menghayati konsep etika kerja yang selaras dengan nilai-nilai
murni Islam.
Di antara etika kerja
mengikut nilai-nilai Islam ia lah:-
i. Bekerja dengan azam
mengabdikan diri kepada Allah.
ii. Bekerja denga ikhlas
dan amanah.
iii. Bekerja dengan tekun
dan cekap.
vi. Bekerja dengan
semangat gotong-royong dan musyawarah serta berpandukan fikiran yang bersih.
v. Bekerja dengan
matlamat untuk kebahgiaan manusia sejagat di dunia dan
di akhirat.
Firman Allah s.w.t. dalam
surah Al-Zariat: 56.
Maksudnya "Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan
beribadat kepada Ku".
HAJI ZAINUDDIN BIN HARUN,
MANAGING DIRECTOR, ZNR MOTIVATION CAMP, PT 1604, KG DALAM RHU, 16700 PASIR
PUTEH, KELANTAN.
PETIKAN DARI BLOG BELIAU- http://noddenberek12kbr.blogspot.com
No comments:
Post a Comment