Wednesday, December 31, 2014

PIBG, GURU DAN IBU BAPA BANTU SEKOLAH


YDP PIBG, EN MOHD NASHARUDDIN B HASYIM DI DADA AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA


28 September 2014, Ahad.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, En Mohd Nasharuddin b Hasyim telah dihubungi dan ditemuramah oleh akhbar Mingguan Malaysia pada 27 September 2014.

YDP membincangkan tentang peranan PIBG, guru dan ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi murid dan seterusnya sekolah. Hasil temuramah telah dimuatkan di dada akhbar Mingguan Malaysia pada hari Ahad, 28 September 2014.

TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR




Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Sabariah bt Samsudin memerhatikan Guru Besar, En Mohammad Rosli b Jaafar memasukkan wang ke dalam Tabung Bantuan Mangsa Banjir. 


31 Disember 2014, Jumaat

Pagi tadi, Jumaat- Hari yang berkat: Tabung Bantuan Mangsa Banjir telah diedarkan semasa mesyuarat. Terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir yang melanda Pantai Timur negara bermula lebih 2 minggu lepas. Hasil kutipan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Admin berharap semua guru yang terlibat serta sanak saudara yang berada di Pantai Timur berada di dalam keadaan selamat. Insyaa Allah semoga sabar dan tabah menghadapi ujian Ilahi.





DOA 


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua, 
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin....
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...

Serta merahmati kita semua.......


Hasil perkongsian. Terima Kasih

Sunday, December 21, 2014

PENTADBIR


























SUDUT GURU BESAR



Sepatah Kata

Assalamualaikum WRTH.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita ruang waktu untuk muhasabah diri dengan tugas yang sedang kita lakukan. Terima kasih juga kepada pengendali blog ini yang sudi memaparkan sedikit tinta bicara buat renungan kita bersama. Sememangnya  Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah merupakan satu wadah penting untuk kita pelihara agar dapat semua ahli meluahkan pandangan dan sumbangan untuk kita kongsi bersama.
                   Tahniah diucapkan kepada Yang Di Pertua PIBG dan semua ahli jawatan kuasa yang terlibat kerana banyak membantu sekolah samada dari segi kewangan dan buah fikiran. Tidak dinafikan penggerak utama dalam membantu sekolah adalah PIBG kerana ianya adalah merupakan satu saluran yang berdaftar untuk merancang apa juga aktiviti yang difikirkan sesuai dan selari dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.
                   Sumbangan yang kita berikan ini samada kecil atau  besar, impaknya adalah kepada anak-anak kita yang semakin dewasa yang pastinya akan mendapat manafaat  di atas usaha kita selama ini. Samada sedar atau tidak kita telah memberikan mereka satu ruang untuk mereka menunjukkan apa juga kebitaraan yang ada pada diri mereka agar muncul satu generasi yang cemerlang dan berakhlak mulia. Sekali lagi saya menyeru agar kita dapat memperkukuhkan barisan kita agar sentiasa dapat berbakti sesuai dengan tuntutan Agama Islam iaitu bertolong-tolongan dalam mengerjakan kebaikan.

                   Terima kasih.  

Thursday, December 11, 2014

SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN NEGERI PERAK



Hari ini: 11 Disember 2014, sekolah menerima cek sumbangan daripada Yayasan Negeri Perak bernilai RM1000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Terima kasih di atas sumbangan ini. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga hubungan baik dapat diteruskan ke masa hadapan. 

Tuesday, December 9, 2014

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-38 SK SUNGAI ROKAM 2014

SUMBANGAN BUKU DARIPADA PTS MEDIA GROUP KL

Guru Besar, En Mohammad Rosli b Jaafar berbesar hati menerima buku sumbangan daripada pihak PTS.


Pada Khamis, 20 November 2014 lalu, pihak PTS Media Group Kuala Lumpur telah menyampaikan sumbangan buku bernilai RM1000 kepada Pusat Sumber SK Sungai Rokam. Pihak sekolah sangat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PTS. Semoga jalinan ini dapat diteruskan ke masa hadapan. Sesungguhnya kami sangat mengalu-alukan segala bentuk sumbangan demi kecemerlangan anak didik SK Sungai Rokam. Terima kasih kami ucapkan.





INSTRUMEN PENILAIAN PIBG

Berikut ialah borang yang perlu diisi bagi penilaian kendiri PIBG. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.

SARANA SEKOLAH

PIBG






Dipetik dari ePIBG


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 2/1976: PERATURAN-PERATURAN ASAS PERSEKOLAHAN

PELAWAAN UNTUK MENJADI AHLI PIBG



SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1997: PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH YANG MELIBATKAN DASAR DAN/ATAU PUNGUTAN WANG


GOTONG ROYONG 2014

INFO LAMAN



Blog ini dibangunkan oleh:

KAPTEN ROSMALILY BINTI SALLEH
GURU CEMERLANG DG44(KUP)
SETIAUSAHA PIBG 2014/2015




SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
____________________________________________


Kampung Sungai Rokam  adalah satu kawasan perumahan yang letaknya  lebih  kurang  6 kilometer  ke selatan bandar Ipoh. Kawasan ini dibangunkan  oleh Kerajaan Negeri Perak pada  tahun 1960. Pada awalnya,  sebanyak 413 buah rumah di mana dengan penduduk utamanya kebanyakan  terdiri daripada orang-orang Melayu. 


Rumah di Kampung Sungai Rokam pada tahun 60-an


Pada peringkat permulaan kanak-kanak kampung Sungai Rokam belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat, iaitu  Kampung Melayu yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh .
           
Pada tahun 1962, satu rombongan Ahli Jawatankuasa Pengasas Sekolah yang diketuai oleh Encik Mohd Yusoh b. Hj. Ahmad bersama-sama dengan Encik Mat b. Taman, Encik Kassim bin Ali, Encik Mohd Yusof b. Abu dan Encik Uteh bin Abdul Aziz, telah menemui Yang Berhormat Kapten Abd. Hamid Khan  yang  ketika  itu ialah Menteri Pelajaran Malaysia.
           
Atas usaha mereka dan sokongan dari beberapa pihak, akhirnya pada awal tahun 1964 terbinalah sebuah sekolah yang berukuran  210’ X 24’ persegi yang mengandungi tujuh buah bilik darjah dan dilengkapi dengan kemudahan bekalan air dan elektrik.

Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam yang dibangunkan pada tahun 1964 itu siap sepenuhnya pada akhir tahun itu juga dan dapat digunakan  pada 1 Januari 1965.  Pada peringkat permulaan, sekolah ini adalah cawangan  Sekolah Kebangsaan  Sungai Rapat yakni ianya ditadbirkan oleh Guru Besar sekolah tersebut.


Pada 1 Jun 1965, barulah sekolah ini diiktiraf dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh.  Nama tersebut diambil berdasarkan nama kampung itu sendiri. Guru Besar  pertama yang mentadbir pada masa itu ialah Tuan Hj. Sulaiman b. Ngah Ali.

Antara Prasarana sekolah kini.