Sepatah Kata
Assalamualaikum
WRTH.
Syukur ke
hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita ruang waktu untuk muhasabah
diri dengan tugas yang sedang kita lakukan. Terima kasih juga kepada pengendali
blog ini yang sudi memaparkan sedikit tinta bicara buat renungan kita bersama.
Sememangnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru
adalah merupakan satu wadah penting untuk kita pelihara agar dapat semua ahli
meluahkan pandangan dan sumbangan untuk kita kongsi bersama.
Tahniah diucapkan kepada
Yang Di Pertua PIBG dan semua ahli jawatan kuasa yang terlibat kerana banyak
membantu sekolah samada dari segi kewangan dan buah fikiran. Tidak dinafikan
penggerak utama dalam membantu sekolah adalah PIBG kerana ianya adalah
merupakan satu saluran yang berdaftar untuk merancang apa juga aktiviti yang
difikirkan sesuai dan selari dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
Sumbangan yang kita berikan
ini samada kecil atau besar, impaknya
adalah kepada anak-anak kita yang semakin dewasa yang pastinya akan mendapat
manafaat di atas usaha kita selama ini.
Samada sedar atau tidak kita telah memberikan mereka satu ruang untuk mereka
menunjukkan apa juga kebitaraan yang ada pada diri mereka agar muncul satu
generasi yang cemerlang dan berakhlak mulia. Sekali lagi saya menyeru agar kita
dapat memperkukuhkan barisan kita agar sentiasa dapat berbakti sesuai dengan
tuntutan Agama Islam iaitu bertolong-tolongan dalam mengerjakan kebaikan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment